Tarikh/Hari : 20.03.2012 ( Selasa )
Masa : 9.40 – 10.40 ( 1 Jam / 60 minit )
Kelas : 4U ( 32 murid )
Mata Pelajaran: Pendidikan Islam ( Ibadah )
Tajuk : Bersuci daripada najis
Objektif : Murid-murid dapat :
Aras 1 :
i. Menerangkan maksud bersuci daripada najis.
ii. Menyatakan jenis-jenis najis dan alat-alat bersuci.
Aras 2 :
i. Melakukan tunjukcara cara-cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah.
Aras 3 :
i. Menjelaskan akibat tidak bersuci daripada najis.
ii. Menyenaraikan hikmah bersuci.
| Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
| Aktiviti guru | Aktiviti murid | |||
| Set Induksi 5 minit | -Bacaan doa sebelum memulakan P/P -Soal jawab dengan murid i.Adakah tanah / debu ini kotor ? | -Guru meminta murid-murid membaca doa sebelum memulakan sesi pengajaran. -Guru menunjukkan tanah / debu kepada murid dan bersoal-jawab dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. | -Murid-murid membacakan doa sebelum P/P dan mengaminkan bacaan doa. -Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. | -ABM i. debu ii tanah |
| Perkembangan Langkah 1 15 minit | -Maksud najis : Benda yang kotor yang mengakibatkan solat tidak sah. -Jenis-jenis najis i.Mukhafafah iiMutawasitah iii.Mughalazah -Alat-alat bersuci. i-Air ii.Tanah iii.Batu iv.Tisu/Kertas v. Daun kering | -Guru bersoal jawab dengan murid maksud najis. -Guru meminta murid membuat peta minda di papan putih jenis-jenis najis -Guru meminta murid secara berpasangan berbincang alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci. -Penerangan dan penilaian secara soal jawab secara lisan. | -Murid menjawab soalan guru. -Murid mengkelaskan jenis-jenis najis dalam bentuk peta minda. -Wakil murid menyebut alat-alat yang boleh diguna untuk bersuci. -Murid menjawab soalan guru, | Carta Maksud najis. Murid menghasilkan jawapan dalam bentuk peta minda. Bahan maujud -tanah/ debu -kertas / tisu -daun kering |
| Langkah 2 20 minit | -Cara-cara menyucikan najis i.Mukhafafah iiMutawasitah iii.Mughalazah | -Guru menerangkan cara menyucikan ketiga-tiga jenis najis. -Guru membimbing murid-murid melakukan amali cara-cara menyucikan najis. | -Murid di bahagi kepada 3 kumpulan : 1.Menyucikan naijis mukhaffafah. 2.Menyucikan naijis mutawassitah 3.Menyucikan najis mughallazah. | ABM -Air -Kain buruk -Tuala bersih -Tanah -Sabun -Berus |
| Langkah 3 15 minit | -Akibat tidak bersuci : i.Sentiasa kotor ii.Dibenci rakan iii.Mudah mendapat penyakit. -Hikmah bersuci i.Solat sah dan diterima oleh Allah. ii.Disayangi Allah dan disukai rakan-rakan. | -Guru meminta murid memberi sumbang saran akibat tidak bersuci. -Guru mengulas jawapan murid. -Guru mengedarkan kad-kad perkataan mengenai hikmah bersuci dan akibat tidak bersuci dan meminta murid mengkelaskannya. | -Murid memberi beberapa jawapan. -Murid membuat pengkelasan antara hikmat dan akibat tidak bersuci. | Murid mencatat jawapan di papan putih. |
| Penutup 5 minit | Lembaran kerja | -Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan kepada murid. | -Murid membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru dan melekatkan di dalam buku latihan. | Lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid dengan tajuk yang dipelajari pada hari itu. |
No comments:
Post a Comment