Selamat Datang Ke Blog Ustazah Normala

Tuesday 8 May 2012

Kelebihan Bulan Rejab..


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Saturday 28 April 2012

Makro Pengajaran Pendidikan Islam


                                               Nama : Normala Binti Abdul Hamid
                                               No. ID : D20111049785
                                               Subjek : KRT 3013

Monday 16 April 2012

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4






Soalan Latihan (Lembaran Kerja)


LEMBARAN KERJA
ARAHAN: Jawab semua soalan.
A.    Susun pengertian bersuci dan pengertian najis dan tulis diruang yang disediakan..
daripada najis
Membersihkan
pakaian
dan persekitaran
tubuh badan
dan hadas

Pengertian bersuci:-
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

Solat
Benda-benda kotor
Tidak
pada hukum syara’
menyebabkan
 sah

            Pengertian najis:-
             …………………………………………………………………
             …..…………………………………………………………….

             B Tulis NAJIS atau BUKAN NAJIS pada penyataan berikut.


1.    Darah                                 ……………………

2.    Tahi mata                          ……………………

3.    Air mata air                       ……………………

4.    Air kencing kucing            ……………………

5.    Tanah lumpur                    ……………………

6.    Peluh                                 ……………………

7.    Bangkai ikan                    ……………………


C.   Tuliskan jenis najis mughalazah, najis mutawasitah dan,
       najis mukhaffafah  pada gambar  di bawah ini.


                     ...................................................................................

.
…………………………………………………..



.........................................................................



D. Pilih alat-alat bersuci dan tulis diruang yang disediakan..



Kayu

Air

Makanan

Tisu

Daun kering

Air sirap

Batu

Tulang

Kertas mengandungi ayat Al-Quran




ALAT-ALAT BERSUCI















Saturday 31 March 2012

Sambutan Hari Kebesaran Islam

Marilah sama-sama kita menghayati tazkirah yang disampaikan bagi menambah ilmu dan meningkatkan amalan.

Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran


Anak-anak murid yang perlu dididik dengan penuh kasih sayang

Wednesday 21 March 2012

Tuesday 20 March 2012

Alat Alat Bersuci

Alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci air mutlak,tanah yang suci ,benda-benda kesat seperti batu dan kayu,daun-daun kering, kertas/tisu . Contohnya seperti gambar dibawah :

tanah
air mutlak
batu

Daun daun kering

tisu


Sunday 18 March 2012

Bersuci daripada najis


Murid-murid boleh menyaksikan video ini samada untuk set induksi atau pengukuhan pengajaran.

Saturday 17 March 2012

rancangan pelajaran harian

Tarikh/Hari      :           20.03.2012 ( Selasa )
Masa                :           9.40 – 10.40 ( 1 Jam / 60 minit )
Kelas               :           4U ( 32 murid )
Mata Pelajaran:           Pendidikan Islam ( Ibadah )
Tajuk               :           Bersuci daripada najis
Objektif           :           Murid-murid dapat :
                                    Aras 1 :
i.                    Menerangkan maksud bersuci daripada najis.
ii.                  Menyatakan jenis-jenis najis dan alat-alat bersuci.
Aras 2 :
i.                    Melakukan tunjukcara cara-cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitah dan mughallazah.
Aras 3 :
i.                    Menjelaskan akibat tidak bersuci daripada najis.
ii.                  Menyenaraikan hikmah bersuci.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid

Set Induksi
5 minit
-Bacaan doa sebelum memulakan P/P




-Soal jawab dengan murid
i.Adakah tanah / debu ini kotor ?
-Guru meminta murid-murid membaca doa sebelum memulakan sesi pengajaran.

-Guru menunjukkan tanah / debu kepada murid dan bersoal-jawab dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
-Murid-murid membacakan doa sebelum P/P dan mengaminkan bacaan doa.


-Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.







-ABM
i. debu
ii tanah
Perkembangan
Langkah 1
15 minit
-Maksud najis :
Benda yang kotor yang mengakibatkan solat tidak sah.

-Jenis-jenis najis
i.Mukhafafah
iiMutawasitah
iii.Mughalazah

-Alat-alat bersuci.
i-Air
ii.Tanah
iii.Batu
iv.Tisu/Kertas
v. Daun kering
-Guru bersoal jawab dengan murid maksud najis.


-Guru meminta murid membuat peta minda di papan putih jenis-jenis najis
-Guru meminta murid secara berpasangan berbincang alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci.
-Penerangan dan penilaian secara soal jawab secara lisan.
-Murid menjawab soalan guru.



-Murid mengkelaskan jenis-jenis najis dalam bentuk peta minda.
-Wakil murid menyebut alat-alat yang boleh diguna untuk bersuci.


-Murid menjawab soalan guru,
Carta
Maksud najis.




Murid menghasilkan jawapan dalam bentuk peta minda.

Bahan maujud
-tanah/ debu
-kertas / tisu
-daun kering
Langkah 2
20 minit

-Cara-cara menyucikan najis
i.Mukhafafah
iiMutawasitah
iii.Mughalazah
-Guru menerangkan cara menyucikan ketiga-tiga jenis najis.

-Guru membimbing murid-murid melakukan amali cara-cara menyucikan najis.
-Murid di bahagi kepada 3 kumpulan :
1.Menyucikan naijis mukhaffafah.
2.Menyucikan naijis mutawassitah
3.Menyucikan najis mughallazah.
ABM
-Air
-Kain buruk
-Tuala bersih
-Tanah
-Sabun
-Berus
Langkah 3
15 minit
-Akibat tidak bersuci :
i.Sentiasa kotor
ii.Dibenci rakan
iii.Mudah
mendapat penyakit.


-Hikmah bersuci
i.Solat sah dan diterima oleh Allah.
ii.Disayangi Allah
dan disukai rakan-rakan.

-Guru meminta murid memberi sumbang saran akibat tidak bersuci.
-Guru mengulas jawapan murid.


-Guru mengedarkan kad-kad perkataan mengenai hikmah bersuci dan akibat tidak bersuci dan meminta murid mengkelaskannya.
-Murid memberi beberapa jawapan.






-Murid membuat pengkelasan
antara hikmat dan akibat tidak bersuci.
Murid mencatat jawapan di papan putih.
Penutup
5 minit
Lembaran kerja
-Guru mengedarkan lembaran kerja dan memberi penerangan kepada murid.
-Murid membuat lembaran kerja yang diberi oleh guru dan melekatkan di dalam buku latihan.
Lembaran kerja
untuk menilai
kefahaman murid dengan tajuk yang dipelajari pada hari itu.